SAINS SUKAN

Selasa, 11 Ogos 2015

SEJARAH KECERGASAN FIZIKAL

Menurut Fox E.L ( 1983 ) sebelum perang Dunia Kedua, aspek kecergasan fizikal langsung tidak diambil perhatian oleh masyarakat secara serius.  Setiap masa masyarakat pada masa itu hanya menumpukan kehidupan untuk mencari makanan ,tempat perlindungan dan pakaian bagi memenuhi keperluan naluri mereka.  Mereka mengabaikan kecergasan mereka untuk terus hidup menikmati keseronokan hingga akhir hayat.
           
Pada tahun 1955, President Dwight D.Eisenhower mula mengambil perhatian  mengenai perkara ini.  Melalui satu kajian yang dibuat selepas perang dunia kedua,didapati bahawa askar Amerika yang kurang kecergasan ialah seramai 50%.  Beliau telah mengambil perhatian yang serius terhadap kajian yang telah dibuat oleh Kraus dan Hirschbind yang mendapati bahawa belia Amerika masih mundur dari aspek kecergasan dibandingkan dengan belia-belia Eropah. 

Berdasarkan kepada fakta yang diperolehi daripada kajian tersebut ialah sebuah Majlis Kecergasan Fizikal telah ditubuhkan di negara tersebut bagi mengatasi masalah ini dalam aspek kecergasan fizikal di bidang ketenteraan.  Usaha telah diteruskan oleh John F.Kennedy dan Lyndon B.Johnson.  Pada mereka bahawa dengan mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal rakyat akan dapat mewujudkan insan yang sempurna untuk keselamatan dan kemajuan negara.
           
Kesedaran untuk mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal ini mula mendapat perhatian di Malaysia kini.  Langkah menyedarkan kepentingan perkara ini dapat dilihat melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dengan mengadakan aktiviti yang sering dengan ini juga Kementerian Pendidikan semakin peka dengan perkembangan sukan negara dengan memperkenalkan kursus-kursus yang berorientasikan kecergasan secara saintifik di universiti-universiti tempatan .


Terdapat kursus yang diperkenalkan seperti Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan lain-lain lagi seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana  juga mesti selaras melalui KBSR dan KBSM yang bertujuan memberi pendidikan yang seimbang:kognitif,psikomotor dan emosi agar dapat malahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Jika aspek kecergasan ini tidak dititikberatkan, sudah tentulah generasi kita hanya menumpukan pada aspek akademik dan kaya dengan budaya ilmu tetapi miskin dengan budaya kerja,  kerana jasmani mereka tidak cergas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan