Definisi.
Menurut
Clark ( 1966 ) kecergasan
fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk
menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang
dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan
kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja
dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit
hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak
mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.
Dalam
masa yang sama seseorang individu itu masih mampu melakukan aktiviti yang lain
bagi menikmati keseronokan hidup. Orang
yang mempunyai tahap kecergasan juga boleh diibaratkan sebagai kebolehan untuk
menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani
dan sosial. Ini secara keseluruhannya
melibatkan kecergasan sosial, kecerdasan psikologi dan kecergasan fisiologi.
Menurut
Corbin dan Lindsey ( 1988 ),
kecergasan fizikal didefinisikan sebagai keupayaan keseluruhan organisma manusia
untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Kecergasan fizikal sewajarnya
mengandungi 11 kompenen yang dapat memberi sumbangan terhadap kebolehan
seseorang bekerja dengan berkesan menikmati masa riadah, menjadi sihat
menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan.
Komponen
Kecergasan
Corbin dan Lindsey
telah menyatakan bahawa kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:
A. Komponen
kecergasan fizikal bedasarkan kesihatan (Health-Related Fitness) yang meliputi
5 komponen.
KESIHATAN
1.
Komposisi Badan (Body Composition).
Komposisi
badan adalah kadar relative otot,lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang
membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang
rendah,berkadar dengan berat badan dan ketinggian.
2.
Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Fitness).
Daya
tahan kardiovaskular adalah keupayaan system kardio-respiratori untuk melakukan
kerja bagi jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang
ringan atau sederhana.
3.
Kelenturan (Flexibility).
Kelenturan
dirujuk kepada julat pergerakan sendi iaitu, membenarkan sendi atau sendi-sendi
bergerak dengan licin dan rintangan yang minimum.
4.
Daya Tahan Otot (Muscular Endurance).
Daya
tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang
berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti
kerja yang ringan atau sederhana.
5.
Kekuatan Otot (Strength).
Kekuatan
otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya
(kerja).
B. kecergasan
berlandaskan perlakuan motor (Skill-Related Fitness) meliputi 6 komponen.
PERLAKUAN MOTOR
1. Ketangkasan (Agility).
Ketangkasan
adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan
pantas dan cepat.
2. Imbangan (Balance).
Imbangan
adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada
melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).
3. Koordinasi (Coordination).
Koordinasi
adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk
menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.
4. Kuasa (Power).
Kuasa
adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa
dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.
5. Masa Reaksi (Reaction Time).
Masa
reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima
rangsangan untuk berbuat demikian.
6. Ketangkasan (Speed).
Kelajuan
adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan
dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang
diberi.
Contoh ujian
kecergasan fizikal yang dinilai dan diukur dalam sesuatu ujian yang dijalankan:
Ujian
Kecergasan Fizikal
|
Komponen
Kecergasan
|
Ø Ujian
lari ulang alik (4x10m)
|
Ketangkasan
|
Ø Ujian
duduk dan jangka
|
Kelenturan
|
Ø Ujian
grip tangan
|
Kekuatan
|
Ø Ujian
dirian bangau
|
Imbangan
|
Ø Ujian
larian 2.414 km
|
Kardiovaskular
|
Ø Ujian
lompat jauh berdiri
|
Kuasa
|
Ø Ujian
lipatan kulit
|
Komposisi
badan
|
Ø Ujian
bangkit tubi dan lutut bengkok
|
Daya
tahan otot
|
Ø Ujian
larian pecut 60 m
|
Kepantasan
|
Ø Ujian
reaksi tangan Nelson
|
Masa
Reaksi
|
Assalam boleh minta senarai rujukannya x,?
BalasPadamNice..tq info yg sngt berguna
BalasPadamNice..tq info yg sngt berguna
BalasPadamNice..tq info yg sngt berguna
BalasPadam