Konsep kecergasan keseluruhan atau kesejahteraan.Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.a. Kecergasan Fizikal.Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.b. Kecergasan Mental.Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optima.c. Kecergasan Sosial.Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.d. Kecergasan Emosi.Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.e. Kecergasan Rohani.Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
tahukan anda bagaimana untuk meningkatkan prestasi anda dalam sukan yang anda ceburi.? disini admin akan cuba kongsikan apa yang admin tahu mengenai sains sukan supada menjadi rujukan kepada para pembaca. ^_~
Selasa, 11 Ogos 2015
PENGENALAN KECERGASAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan