SAINS SUKAN

Selasa, 11 Ogos 2015

KECERGASAN FIZIKAL

Definisi.
Menurut Clark ( 1966 ) kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.

Dalam masa yang sama seseorang individu itu masih mampu melakukan aktiviti yang lain bagi menikmati keseronokan hidup.  Orang yang mempunyai tahap kecergasan juga boleh diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.  Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecerdasan psikologi dan kecergasan fisiologi.

Menurut Corbin dan Lindsey ( 1988 ), kecergasan fizikal didefinisikan sebagai keupayaan keseluruhan organisma manusia untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan. Kecergasan fizikal sewajarnya mengandungi 11 kompenen yang dapat memberi sumbangan terhadap kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan menikmati masa riadah, menjadi sihat menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan.

Komponen Kecergasan

Corbin dan Lindsey telah menyatakan bahawa kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

A.    Komponen kecergasan fizikal bedasarkan kesihatan (Health-Related Fitness) yang meliputi 5 komponen.

KESIHATAN
1. Komposisi Badan (Body Composition).
Komposisi badan adalah kadar relative otot,lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah,berkadar dengan berat badan dan ketinggian.

2. Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Fitness).
Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan system kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

3. Kelenturan (Flexibility).
Kelenturan dirujuk kepada julat pergerakan sendi iaitu, membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dan rintangan yang minimum.

4. Daya Tahan Otot (Muscular Endurance).
Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

5. Kekuatan Otot (Strength).
Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).



  B.   kecergasan berlandaskan perlakuan motor (Skill-Related Fitness) meliputi 6 komponen.

PERLAKUAN MOTOR
1. Ketangkasan (Agility).
Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan cepat.

2. Imbangan (Balance).
Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

3. Koordinasi (Coordination).
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

4. Kuasa (Power).
Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.

5. Masa Reaksi (Reaction Time).
Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

6. Ketangkasan (Speed).
Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.



Contoh ujian kecergasan fizikal yang dinilai dan diukur dalam sesuatu ujian yang dijalankan:


Ujian Kecergasan Fizikal


Komponen Kecergasan
Ø  Ujian lari ulang alik (4x10m)

 Ketangkasan
Ø  Ujian duduk dan jangka

Kelenturan
Ø  Ujian grip tangan

Kekuatan
Ø  Ujian dirian bangau

Imbangan
Ø  Ujian larian 2.414 km

 Kardiovaskular
Ø  Ujian lompat jauh berdiri

Kuasa
Ø  Ujian lipatan kulit

Komposisi badan
Ø  Ujian bangkit tubi dan lutut bengkok

Daya tahan otot
Ø  Ujian larian pecut 60 m

Kepantasan
Ø  Ujian reaksi tangan Nelson
Masa Reaksi

PENGENALAN KECERGASAN

Konsep kecergasan keseluruhan atau kesejahteraan.

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

a. Kecergasan Fizikal.
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih  efektif  di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

b. Kecergasan Mental.
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optima.

c. Kecergasan Sosial.
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.


d. Kecergasan Emosi.
Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.

e. Kecergasan Rohani.
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

SEJARAH KECERGASAN FIZIKAL

Menurut Fox E.L ( 1983 ) sebelum perang Dunia Kedua, aspek kecergasan fizikal langsung tidak diambil perhatian oleh masyarakat secara serius.  Setiap masa masyarakat pada masa itu hanya menumpukan kehidupan untuk mencari makanan ,tempat perlindungan dan pakaian bagi memenuhi keperluan naluri mereka.  Mereka mengabaikan kecergasan mereka untuk terus hidup menikmati keseronokan hingga akhir hayat.
           
Pada tahun 1955, President Dwight D.Eisenhower mula mengambil perhatian  mengenai perkara ini.  Melalui satu kajian yang dibuat selepas perang dunia kedua,didapati bahawa askar Amerika yang kurang kecergasan ialah seramai 50%.  Beliau telah mengambil perhatian yang serius terhadap kajian yang telah dibuat oleh Kraus dan Hirschbind yang mendapati bahawa belia Amerika masih mundur dari aspek kecergasan dibandingkan dengan belia-belia Eropah. 

Berdasarkan kepada fakta yang diperolehi daripada kajian tersebut ialah sebuah Majlis Kecergasan Fizikal telah ditubuhkan di negara tersebut bagi mengatasi masalah ini dalam aspek kecergasan fizikal di bidang ketenteraan.  Usaha telah diteruskan oleh John F.Kennedy dan Lyndon B.Johnson.  Pada mereka bahawa dengan mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal rakyat akan dapat mewujudkan insan yang sempurna untuk keselamatan dan kemajuan negara.
           
Kesedaran untuk mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal ini mula mendapat perhatian di Malaysia kini.  Langkah menyedarkan kepentingan perkara ini dapat dilihat melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dengan mengadakan aktiviti yang sering dengan ini juga Kementerian Pendidikan semakin peka dengan perkembangan sukan negara dengan memperkenalkan kursus-kursus yang berorientasikan kecergasan secara saintifik di universiti-universiti tempatan .


Terdapat kursus yang diperkenalkan seperti Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan lain-lain lagi seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana  juga mesti selaras melalui KBSR dan KBSM yang bertujuan memberi pendidikan yang seimbang:kognitif,psikomotor dan emosi agar dapat malahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Jika aspek kecergasan ini tidak dititikberatkan, sudah tentulah generasi kita hanya menumpukan pada aspek akademik dan kaya dengan budaya ilmu tetapi miskin dengan budaya kerja,  kerana jasmani mereka tidak cergas.

Isnin, 10 Ogos 2015

APA ITU SAINS SUKAN

sains sukan merupakan salah satu aliran sains salam pendidikan. sains sukan menfokuskan kepada kajian tubuh badan manusia untuk terutama dalam bidang sukan bagi membolehkan para atlit mencapai tahap yang lebih tinggi dalam acara sukan yang diceburi. sains sukan bukan sahaja mengkaji berkaitan tubuh badan manusia sahaja. ia merangkumi peralatan, keadaan tempat, cuaca dan lain-lain.